APA ITU FOREX

Sure pasti ramai yang masih keliru dengan forex. ada yang cakap forex ni M.L.M tidak kurang juga ada yang cakap forex ni mesin judi sama macam mesin judi online tu. bab yg anggap mesin judi nantilah kita bincang di lain topik. sekarang mari kita fokus secara ringkas tapi agak detail dan pada apa itu forex supaya tidak keliru lagi lepas ni dan supaya korang tidak lagi pening kepala bagaimana dan macam mana forex ni boleh buat duit dan jana income sampingan atau lumayan. jangan terlepas untuk follow blog post dari kami, banyak ilmu yang bermanfaat menanti korang semua.. so mari kita mulakan Apakah kejadahnya Forex ni.



Pernahkah anda melihat graf seperti di atas? Ya ini lah graf forex. Graf untuk monitor harga-harga untuk dilakukan analisa market forex
sebelum membuat keputusan untuk masuk market sama ada buy atau sell



Apa itu forex??
Forex adalah satu singkatan pada FOREIGN EXCHANGE atau didalam bahasa melayu ialah pertukaran matawang asing

Forex juga merupakan pasaran yang terbesar didunia dimana anggaran  jumlahnya melebihi USD 2 trilion sehari yang diperdagangkan dan jumlah ini terus berkembang

Pasaran forex sudah lama wujud dimana penglibatan dagangannya hanya melibatkan
bank-bank dan company-company yang besar, pendek kata hanya mereka-mereka yang mempunyai wang yang banyak sahaja yang boleh terlibat dalam perdagangan forex

Seawal tahun 1990 forex mula dibuka untuk pedagang-pedagang runcit dimana dengan jumlah minimum 5 usd sudah boleh berdagang didalam pasaran terbesar di dunia ini dimana perdagangan dilakukan secara online dengan menggunakan platform yang tertentu seperti MT4 (metatrader 4)

MT4 adalah singkatan kepada metatrader 4 iaitu terminal atau platform yang disediakan oleh pihak broker sebagai medium untuk melakukan analisa forex market dan untuk mengambil position sama ada buy atau sell. Kebanyakan broker juga ada menyediakan terminal yang latest iaitu MT5 (metatrader 5) akan tetapi MT4 masih lagi menjadi pilihan ramai trader



Apakah keperluan yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam bidang forex??

Zaman semakin canggih. Jika dahulu untuk melakukan sebarang transaksi forex urusannya sangat rumit dan memakan masa. Sekarang untuk menceburi bidang professional forex trading anda hanya memerlukan perkara-perkara seperti berikut :-

1)  COMPUTER, LAPTOP,TAB atau SMARTPHONE.

Anda boleh pilih diantara 4 item tersebut sangat mudah anda boleh melakukan atau memantau trading anda bila-bila masa dan dimana sahaja. Laptop atau pc anda juga boleh guna yang low spec tidak semestinya yang berharga ribu-ribu ringgit
T
Gambaran platform atau terminal (mt4) forex pada laptop, pc, tab dan smart phone

2)  JARINGAN INTERNET (line internet)


Anda perlu mempunyi line internet seperti wifi atau broadband. Banyak company-company yang menyediakan pakej internet seperti TM Digi Maxis Celcom dan lain-lain dengan harga pakej yang murah anda sudah mampu untuk melakukan trading forex



3)  MODAL yang anda tidak boleh hilang


Seperti juga dagangan-dagangan lain untuk melakukan trading forex anda juga memerlukan modal berupa wang untuk terlibat secara serius dalam bidang ini. Nasihat saya modal yang anda akan laburkan ialah MODAL YANG TIDAK BOLEH ANDA HILANG. Bermaksud jika anda rugi atau mengalami total loss, anda tidak risau dengan loss tersebut.  Jangan  risau jika anda follow betul-betul apa yang akan diajarkan dalam Teknik SNR Advance ini anda tidak akan mengalami total loss tersebut. Sayangi wang anda kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi


4)  ILMU dan PENGALAMAN


Tanpa ilmu apa jua bidang yang diceburi pasti tidak akan berjaya. Seperti juga bidang-bidang lain, forex juga memerlukan ilmu untuk berjaya dalam trading dengan mempelajari dan mempraktis ilmu yang diajar maka akan wujudnya pengalaman. Dengan ilmu in shaa Allah  anda akan berjaya dengan pengalaman in shaa Allah anda akan cemerlang. Teknik SNR Advance akan guide anda untuk menjadi seorang trader yang professional, in shaa Allah...




Kenapa memilih forex??

Persoalan yang sangat menarik kenapa memilih forex sebagai sumber income pendapatan tetap atau sampingan sedangkan majoriti yang mengatakan forex sangat berisiko kerana ia mampu melenyapkan semua modal dalam sekelip mata. Ya forex sangat berisiko. SANGAT BERISIKO BUAT ORANG YANG TRADING TANPA ILMU.

Forex adalah satu-satunya cara untuk menjana pendapatan yang sangat mudah jika ia kena dengan cara. Ini kerana market forex dibuka selama 24 jam dan 5 hari seminggu. Market forex “bercuti pada sabtu dan ahad serta hari-hari public holiday yang tertentu. Forex juga boleh dilakukan dimana jua anda berada selagi ada line internet selagi itulah anda boleh berurusan dengan market. Sambil berdiri sambil duduk sambil baring sambil berlari anda masih lagi boleh berurusan dengan forex hanya menggunakan smartphone. Analisa market tidak sampai 1 jam sehari untuk intai peluang untuk ambil position dalam market. Saya secara personal mengatakan FOREX ADALAH URUSAN PERDAGANGAN YANG PALING SELAMAT untuk dilakukan berbanding perdagangan yang lain.


Bagaimanakah forex menjana income??
Ok sekarang mari kita lihat secara ringkas bagaimana forex menjana income

T 


T 

Sekarang mari kita lihat bagaimana forex mendatangkan income berdasarkan dua gambar rajah di atas. Gambar 1 menunjukkan position buy pada harga 1.5114 diambil setelah analisa dilakukan. Katakan lot yang anda masuk adalah 1USD = 1 pip.

(pip kita akan bincang pada tajuk yang berikutnya). Seteleh position buy dengan saiz lot 1usd kemudian chart terus naik dan naik sehingga pada price 1.5256 seperti rajah 2. kemudian position di close pada harga 1.5256 maka :
1.5256 – 1.5114 = 0.0142

Abaikan digit kosong dan perpuluhan untuk dapatkan nilai pip maka pip yg kita dapat adalah 142 pips

Lot yang kita masuk adalah 1 usd = 1  pip maka

1usd darab 142 pip = 142 usd !!!


Maka jika ditukar kepada RM anda sudah dapat lebih dari RM400 !!!
Beginilah cara trading forex menjana income. Dengan menganalisa dan entry buy or sell sudah mampu menjana profit. Tidak perlu mencari orang (downline) tidak perlu menjual produk dan sebgainya

Tahukah anda forex juga adalah salah satu sumber income terbesar BANK-BANK yang ada diseluruh dunia. Bank juga trade forex sebab itulah wujudnya foreign exchange department dalam institusi kewangan perbankan

Dengan penerangan yang agak detail ini, hope korang sudah faham benar apa itu forex dan bagaimana forex menjana income. jangan lagi salah sangka dengan M.L.M

Forex dan M.L.M seperti bumi dengan langit jauhnya.

Ringankan tangan korang untuk share semoga ia memberi manfaat kepada orang lain. Korang ada pendapat nak share? Jgn lupa luahkan di ruangan komen 😊

cc: fb Teknik Snr Advance Official

No comments