CARA BERKESAN UNTUK MENGAWAL EMOSI DALAM TRADING

Assalamualaikum.

FOREX : PERASAAN DAN EMOSI (Psychology).

Bila profit, hati berbunga-bunga senyum sampai ke telinga. Perasaan suka gembira tak terhingga bagaikan dunia ini kita yang punya.

Bila loss, bengang(sebel) muka masam macam cuka. Perasaan marah, sumpah seranah semuanya terkeluar, bagaikan dunia macam nak kiamat rasanya.

Saya fikir perasaan suka dan duka begini dirasai oleh kebanyakkan forex trader. Persoalannya bagaimanakah untuk kita dapat mengawalnya agar ianya tidak menganggu perjalanan trading kita untuk meraih profit sebagaimana yang diharapkan?

Jawabannya adalah :-
1. Trading Technique.
2. Money Management.
3. Trading Period.

TRADING TECHNIQUE
Jika kita telah kenal pasti trading technique yang hendak digunakan, maka disiplinkan diri untuk terus istiqomah menggunakan technique tersebut, jangan mencampur adukkan dengan technique lain.

Jika hit stoploss redho kan lah hati. Sabar tunggu next setup untuk entry berikutnya. Tiada technique yang sempurna, terkadang hit stoploss dulu beberapa kali barulah hit TP berturut-turut. Kenapa begitu? Kerana bentuk market itu tidak sama sepanjang masa. Justeru itu sebelum kita decide untuk guna sesuatu technique itu, kita haruslah buat backtest pada market lepas sekurang-kurangnya untuk jangka waktu setahun ke belakang. Barulah nanti kita dapat mengumpul data tentang berapa entry kah yang hit stoploss dan berapa pula yang hit TP.

MONEY MANAGEMENT.
Kita orang berniaga, bukan hanya untung sahaja yang kita fikirkan, rugi juga wajib kita perhitungkan. Kenapa Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba? Kerana dalam jual beli itu adanya untung dan rugi. Sebaliknya dalam transaksi riba, hanya menghitung keuntungan sahaja.

Jika kita risiko setiap entry sebanyak 3%, seandainya hit stoploss 3x berturut-turut kita masih ada balance modal sebanyak 91% lagi. Secara phychology nya kita tak rasa takut untuk masuk next entry. Tapi seandainya kita tidak menjaga money management menghadkannya dengan meletak stoploss, ini bermakna kita merisiko kan keseluruhan(100%) modal kita. Takde siapa yang boleh jangka bila akan berlaku market crash, dalam sekelip mata je account boleh MC. Memang ramai di kalangan kita lebih suka cutloss berbanding pasang stoploss dengan alasan market akan kejar stoploss dulu then baru dia jalan. Saya fikir ini tanggapan yang salah. Jika kita memilih broker yang betul, ianya takkan terjadi begitu melainkan kita meletak stoploss bukan di tempatnya. Meletak stoploss itu pun ada ilmunya tersendiri.

TRADING PERIOD.
Kalau hari ni loss, esok masih ada. Kalau minggu ni loss, minggu depan masih ada. Kalau bulan ni loss, bulan depan masih ada.

Kita harus fleksibel dalam meletak target. Sekurang-kurangnya untuk tempoh waktu setahun. Terkadang minggu ni rugi, minggu depan dan minggu seterusnya masih ada untuk kita cover loss dan generate profit.

Kalau bulan ni untung lebih, mungkin bulan depan untung kurang atau bulan seterusnya breakeven. Kita jangan stress kan diri kita dengan membuat peraturan trading seakan-akan market itu kita yang punya. Kita bukan market mover, kita sekadar retail trader yang mengikut rentak pergerakkan pasaran. Ada masa kita betul, ada masanya kita tersasar.

Apa yang penting dalam jangka masa setahun(12 bulan), kaunter untung hendaknya melebihi kaunter rugi. Samada untung bersih itu nanti sikit atau banyak, itu tergantung kepada modal trading kita. Profit 280% setahun(purata 25% sebulan) memanglah nampak sikit jika bermodalkan $1000. Namun ianya akan nampak besar jika modal $100,000.

Kenapa perlu dihitung setahun, kerana zakat perniagaan pun dihitung cukup HAUL nya adalah setahun(tahun hijriah). Kalau dihitung perbulan, ianya terlalu singkat. Macam-macam boleh terjadi dalam sebulan, dan sebaliknya terkadang tak banyak pun yang kita boleh buat dalam sebulan.

Memanglah modal kita hari ni kecil, tapi lambat laun jika kita sabar dan disiplin, in shaa Allah ianya akan jadi besar. Mana ada gajah terus-terus lahir jadi besar. Semuanya perlu proses waktu.

Saya tak nafikan ada trader yang kaya raya dalam masa yang singkat, tapi mungkin ianya 1 in million. Kebanyakkan kita semua harus melalui proses yang panjang untuk jadi matang.

#iLoveForexTrading

Ringankan tangan korang untuk share semoga ia memberi manfaat kepada orang lain. Korang ada pendapat nak share? Jgn lupa luahkan di ruangan komen 😊

cc: fb Abdullah Fakhri

No comments