KRITERIA SETUP ENTRY YANG BAIK


APAKAH KRITERIA SETUP YANG BAIK?

Pada pandangan peribadi saya :-

1. Setup yang simple dan tidak berbelit-belit. Mudah kita faham dan mudah juga orang lain/student kita faham.

2. Setup single entry with SL dan TP.

3. Setup yang win ratio nya melebihi loss.

Dan . . .

4. Setup yang boleh kita robot kan, demi memudahkan keje kita untuk jangkamasa panjang. Kerana sebaik manapun sesuatu setup itu, jika di trade secara fully manual kita akan melalui trading proses seperti berikut :-

i - Sabar menunggu setup muncul.
ii - Sabar untuk menunggu entry point.
iii - Sabar jika hit stoploss berkali-kali.

Sabar itu tak semudah kita tulis. Ustadz yang hebat ajar bab sabar pun belum tentu boleh sabar jika disuruh trade forex.

Apakah kita boleh sabar dan bermain dengan emosi untuk jangkamasa panjang? Mungkin hanya segelintir sahaja trader yang mempunyai kesabaran tingkat tinggi.

* Tak mudah nak identify setup yang memenuhi kriteria-kriteria sebegini, namun saya yakin setup sebegini wujud. Kaji dan terus mengkaji, cari dan terus mencari sampai jumpa. In shaa Allah.

ManJaddaWaJada

Ringankan tangan korang untuk share semoga ia memberi manfaat kepada orang lain. Korang ada pendapat nak share? Jgn lupa luahkan di ruangan komen 😊

cc: fb Abdullah Fakhri

No comments